Sunday, November 15

dan cinta pun bertasbih

Bintang yang berkilauan di matanya tampak seumpama mata ribuan malaikat yang mengintip penduduk bumi.
bulan terasa begitu anggun menciptakan kedamaian dalam hati.
di atas sana ada jutaan malaikat yang sedang bertasbih.
jutaan malaikat yang mendoakan penduduk bumi yang tidak lalai.
penduduk bumi mau tahajjud saat jutaan manusia terlelap lalai.






''kaulah kekasihku
bukalah cadarku
sentuh suteraku
muliakan mahkotaku
nikmati jamuanku
jangan khianatiku''.

''kemarilah cintaku
akan ku buka cadarmu dengan cintaku
akan ku sentuh suteramu dengan cintaku
akan ku muliakan mahkotamu dengan cintaku
dan ku nikmati jamuanmu dengan cintaku
tak mungkin aku mengkhianatimu
karena
aku cinta padamu''

Thursday, November 12

Lelaki Oh Lelaki Oh Oh

Dah lama aku tulis ni. Tersangkut kat draf. Hari ini aku post-kan semula. entri ini agak emo. rujuk perempuan di atas^^.

2009 hampir ke penghujung. Sedar tak sedar. Tinggal sebulan lagi nak menganjak ke tahun baru 2010.


Macam baru semalam mengemas rumah di Puchong dan berangkat ke kampong halaman.
Macam baru semalam aku sekali lagi melakukan perkara bodoh yang pernah aku buat sejak beberapa tahun lepas.
Macam baru semalam aku seronok melihat beberapa orang kawan baik yang sudah bertunang dan hampir sikit lagi ke jinjang pelamin *angan-ku jua.
Macam baru semalam aku buat kerja gila dengan beberapa orang yang lebih gila.
Macam baru semalam
Itu cerita basi.

Cerita yang orang tak kan penah ingat bila masa makin ke depan dan cerita-cerita tu akan basi dek cerita-cerita yang akan datang ini. Tapi aku suka hendak ingat sebab bagi aku kenal aku dan hanya aku yang tahu aku.

Berhenti. Mengarut banyak dah.

Sepanjang 2009 menginjak ini. Aku mengenali rapat beberapa lelaki. Rapat tak bermakna bercinta, cuma hampir ke situ TETAPI terlalu banyak halangan yang menghentikan niat aku kearah membina satu perhubungan. Percaya atau tidak..ketiga-tiga pria ini hadir dalam masa hampir sama. Lantas senang sekali nak dilihat berbedaan antara ketiganya.

Begini.

Pria pertama – kenalan dari seorang teman-teman juga. Biasa sahaja orangnya. Tidak kacak tidak juga buruk rupa. Perkenalan di awal tahun ini. Sekadar berkawan. Beberapa kali keluar bersama. Setakat keluar makan dan itu sahaja. Permulaan yang aku rasa tak begitu menyeronokkan bila diajak menjadi scandal. Scandal itu indah? Wtf!. Jika aku form 1 form 2 aku tak kesah. Masih hingusan, mahu suka-suka,

Pria kedua – mantan kekaseh kepada teman baik aku. Tidak salah berkawan, cuma aku rasa tidak enak hendak melangkah lebih jauh bila sang lelaki kerap mengutuk teman aku. Terlalu banyak khilafnya lantas menyebabkan hubungan mereka gagal. Apa yang aku nak kata. Jika aku bercinta dan putus dengan kau. Kau pon akan mengumpat aku pada kekaseh kau akan yang lain juga kan. Betul? Contoh depan mata. Kau lupa orang yang kau umpat, teman aku. Sehodoh mana sikap teman aku - Sebusuk mana hati teman aku. Tidak perlu rasanya menjaja aib orang apatah lagi pada perempuan yang kau uar-uar nak berkawan sampai bernikah. Macam lah jodoh tu kat tangan kau.

Pria ketiga – kalau aku sebut. Sebahagian yang mengenali aku pasti jua mengenali sang lelaki ini. Tak jauh, Antara kita-kita-saja. Tiada siapa yang akan sangka pun jika kamu tahu siapa dia. Sebenarnya muak tahu tak bila lelaki bercakap mahu hubungan yang serius tetapi taknak langsung menunjukkan komitmen. Lepas tu cakap kita yang hendak-tak-hendak. Main tarek tali. Heloo. Apakah? Kau lelaki. Khalifah katanya. Jika betul mahu. Tunjuk sunguh-sunguh. Cukup. Tak perlu dolak-dalik. Jika betul mahu. Biar ikut tertib. Aneh jika perigi mencari timba. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Apa nak kesah. TAPI kat sini aku kesah okay.


Nampak?

Disini aku nak kata kan bahawasanya aku tidak memilih cuma aku paranoid dengan lelaki.
Single pon okay what. Bebas.

Apa pun, i sedang mencari calon suami, ahahaha.



Footnotes : mak i selalu bebel suruh belajar masak nanti kawin idok le cangang bangang kat rumah mentua. Katanya lagi ‘tak malu ke’.

tomok - menembusi jendela





*best juga through my window versi melayu. aha. tapi kenapa kelihatan rambut you sangat sengal abang tomok..euw!

Wednesday, November 11

pause

baik.

Monday, November 9

an evening with Y.A.B Menteri Beso

siang tadi i macam tak percaya bila dapat join dialog dengan Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry Bin Haji Abd Kadir. Menteri Besar Perak.

macam yang aku post dekat facebook hari ini aku kena pergi MESYUARAT AGONG MAJLIS PEMBANGUNAN NEGERI PERAK/DIALOG BERSAMA Y.A.B.MENTERI BESAR.

ini bukan rumah tok or kampung aku. bahagian sisi Hotel Impiana Casuarina, tempat berlangsung.

Pada mulanya memang aku taknak pergi langsung dialog tu. sah-sah aku tidur je dalam dewan tu nanti. aku rasa marina memang sengaja nak suruh aku pergi dan provok aku dengan kata-kata. ''pergilah dapat makan kat hotel, best woh..''

macam i peduli kan.

i setuju tak setuju jelah pergi. pergi dengan AJK Persatuan, Puan Hairani. nasib juga Puan Hairani ni sporting morting siap boleh mengumpat lagi dengan dia. haha.

ceritanya Majlis Pembangunan Neg. Perak ni adalah sebuah oraganisasi yang mengabungkan kesemua NGO dalam negeri Perak. ( aku pon baru tahu ). almost 60 NGO's yang ada kat Perak ni. semua yang datang adalah wakil dan pemerhati daripada NGO masing-masing. termasuklah aku, jadi pemerhati sahaja.

dialog bermula pada pukul 3pm macam tu lepas MB datang. ramai juga dato-dato, datin-datin yang datang. tapi i tak kenal semua pon, Pengarah JKM, Cik Chong Phaik Kee pon ada.

apa yang aku nak hightlite kat sini adalah :

1) kekaguman aku mendengar ucapan Y.A.B Menteri Besar.

entah kenapa aku suka dengar butir ucapan dia. He's perfect leader.

mukadimah ucapan Y.A.B kata,

''anda semua adalah orang-orang yang istimewa yang begitu komited dalam usaha nak membantu orang-orang yang kurang bernasib baik. those are unfortunate are around us, mereka sebahagian daripada kehidupan kita. terima kasih kerana sukar nak mencari manusia seperti tuan-tuan dan puan-puan. ever willing to help them. its came from heart. bukan sengaja-sengaja dibuat''.

itu sebahagian yang dapat i kongsikan kerana i bebetul terkesan dengan apa yang Y.A.B cakap. susun kata beliau teratur, nada suara terkawal dan sangat cool je. beliau juga ditemani isteri Datin Seri Sharifah, apa yang i perhatikan his wife lembut dan nampak biasa. tak make up tebal berinci kat muka.

ohh..lalala. panjang entri i kali ini.

sambung balik.

2) i mendapat pengalaman yang hebat semasa sesi dialog.

semasa sesi dialog, semua wakil NGO boleh mengutarakan soalan, permasalahan, cadangan etc kepada Y.A.B. time ni i suka. bila sorang-sorang NGO bangun bercakap. macam-macam isu rupanya.

i tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Perak Women Society. wakilnya memperkenalkan diri sebagai Dr. Sharifah. muda ok. kagum i tengok dia bercakap tentang violence against women. beliau cakap masyarakat susah nak helps those women who are suffered from their married etc. kenapa. berbeza dengan OKU dan yang lain-lain masyarakat lebih mudah simpati dengan nasib diorang and easy to raise fund. berbeza dengan kami yang terpaksa meminta dan sampai tahap merayu untuk dapat bantuan pihak-pihak tertentu.

ada lagi, cadangan menempatkan sebuah tempat perlindungan untuk anak-anak Autisme. Wakilnya encik presiden Nasom Perak ni kata. sekarang ni masyarakat banyak tak tahu tentang anak-anak autisme ni. susah nak mendidik mereka, kalau kanak-kanak biasa cikgu boleh mengajar 40 orang murid,. tapi bagi kanak-kanak autisme ni cikgu hanya boleh mengajar 2 orang dalam satu masa. kekurangan cikgu juga menjadi masalah.

isu dari persatuan orang cacat penglihatan. wakil yang bangun berdiri meminta kerajaan meyediakan kemudahan blinkers. if im not mistaken macam tu la bunyi dia. i rasa yang dipasang kat traffic light bagi memudahkan golong mertihat ni melintas jalan.( mahap kalau tersilap)

perghh dah cukup panjang dah entri ini kan aha.

sebenarnya banyak lagi isu.
i heard many needs from all NGO's.

Sesi tamat pukul 6 petang, ohh. kami juga menerima suprise daripada Y.A.B MB, setiap NGO terpilih menerima saguhati berupa.......

I pon taktaw apa yang ada dalam envelop putih itu tadi. esok i cekidouut. haha.

sesi penyerahan saguhati oleh YAB kepada setiap NGO

my team-mr n mrs manin & pn. hairani


*MERTIHAT = Mereka Yang Tidak Dapat Melihat (dipetik daripada ucapan Y.A.B)

Sunday, November 8

jangan durhaka dengan bos anda

i wish i could dancing like them. aha. sure boleh shape my body kan. meleding sana menjengkit kiri kanan. pusing-pusing. kagum^^

Majlis Sambutan Deepavali bersama kanak-kanak istimewa dan OKU yang berlangsung pagi tadi biasa-biasa sahaja. tiada yang istimewa pun. makanan pon biasa and i thougt makanan sedap-sedap la kan.tapi. mengecewakan.

at least kalau dah jemput kanak-kanak istimewa dan OKU served la makanan special sikit kan. haih.

tapi takpelah. terima kasih diatas jemputan penganjur kepada kami.

ada satu makanan india yang aku tak sure nama but sorang brother meja aku duduk cakap kuih apom. haha. sebab kaler dia putih dan macam gebu2 sikit.

kemudian bos i tegur suruh makan kuih tersebut. katanya bukan senang nak dapat makan. i pon makan lah. otomatik i cakap. ''masam ar''.

terus muka bos i tu lain.

erk! aku tersilap cakap ke pun.

tak lama lepas itu, bos i bersuara,
''hi, orang masam pon laku sekarang, ni kan makan masam sikit''

aku sengeh, akak sebelah aku bisik,
''tu kan tadi dia cakap mak dia selalu/terer masak kuih tu, tosey semua. memang makanan dia ma..mana dia tak terasa.

grr. mana i tahu kan. dah memang rasanya agak masam sebab dibuat daripada tepung beras. i mana la reti makan makanan macam tu.

tak 1 malaysia sungguh.
haha

mahap ya bossss.

Saturday, November 7

lawatan cikgu-cikgu PDK. OMG julian was here dong

Khamis lepas sungguh mengujakan bila i dapat tahu julian a.k.a my gay nak datang melawat. sedihnya tak sempat nak bergambar dengan ju sebab masing-masing sibuk. ju sibuk dgn lawatan dia dan i pulak kena jadi cashier bila cikgu ramai-ramai yang nak membeli barang kraf.

this is orang kuat.bwahahah.
p/s, sebenarnya i teringin nak pandu orang sebelah punya kerusi bergerak.haha.

aku kepelikkan sebab ramai cikgu PDK dok borong beg kait tu. hmm. mungkin best boleh bubuh tuperware bawak pergi kelas isi biskut etc. bwahaha

peserta a.k.a cikgu PDK tengah sopping . sila-sila borong banyak-banyak.

ha! tengok betul-betul. Julian tengah bizi tanya itu dan ini. tak sempat deh berphoto sama kamu. snap dari meja casher.

julian my gay.

walaubagaimanapun. malam tersebut, i pon membayarnya dengan bergambar banyak2. hehe-selepas setahun tidak ketemu. aha. Julian masih maintain ok. i agak gumok lagi-lagi tang pipi. ufhh


i dan kawan-kawan membawa julian keluar bersiar-siar di pekan ipoh yang 'terhebat' ini. haha. kami telah pergi ke sebuah kedai makan siam yang tak hebat langsung. *sigh*

makanan kat situ memang tak sedap langsung! walaupun deko kedai cantik. huffhh. sorry ya ju. nanti akan datang kita pergi jalan-jalan cari makan kat tempat yg best owwwkkk

see. dah cakap makanan siam ni memang tak best.

tiada tempat mahu dituju. akhirnya ke karaoke.

julian boleh buat suara ning baizura! auww!

i juga taknak ketinggalan men-sumbangkan suara. thanks to dyra sebab jadi backup i haha

oh! mesti pelik. sekejap rambut panjang sekejap pendek. ini ialah wig kepunyaan dyra. rambut ori ok. nasib baik malam tu balik tak ngigau tuan punya rambut. agaga.

Tuesday, November 3

Bahaya Facebook?

Secara sedar atau tidak bahawa FaceBook ini sebenarnya amat merbahaya... Jika korang memberi data sebenar dalam facebook ni berhati-hatilah... Maklumat korang dalam Facebook adalah hak milik Facebook... walaupun gambar dah dibuang maklumat dah ditukar tapi dalam main server ..

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita.

Cuba bayangkan!

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai “professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.

Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.

Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.

Dan ini juga adalah satu fakta:

Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

entri ini di copy dan paste daripada -->tekan sini<--