Khamis lepas aku berkesempatan pergi menonton Lagenda Budak Setan. Masa tengok thriller LBS memang ah eksited giles. sinematografi cun, lagu tema membuai perasaan, dan pelakon-pelakon yang mantap buat aku tak sabar nak menonton.
Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar & Fazura.
TERUJA. Nak tengok kat panggung.
Dan pada hari pertama tayangan, aku yang eksited tak sempat tunggu hujung minggu dah ke panggung. Tayangan jam 8.45 malam. Memang penuh panggung!. Aura cina sejati Kasyah dan Ayu dah rasa dah. Min siap passing tisu kat kami-kami, ( bajet air mata menitis mencurah-curah) but in the end, serius aku rasa frust. Tak berkesan langsung dekat hati.
Plot penceritaan kelam-kabut. Everything seemed to happen so fast. Tapi sebenarnya tak paham filem ni nak guna latar tahun 80’s macam dalam novel or sekarang ha? Skrip macam skema jer. Bagi yang tak pernah baca novel mesti tak paham dan tertanya-tanya.
Macam yang aku kata, jalan cerita nak laju sebab itu, baru je nak rasa annoying dengan perangai setan Kasyah. Dah tetiba Kasyah berubah ,kena denda pumping 300 kali lepas tu Ayu terus rasa serba-salah terus dapatkan kasyah pastu terus bercinta. Huk aloh. Kendian dah bercinta, tetiba pula nak kena masuk kampung buatan sampai setahun untuk habiskan degree?
Tiba-tiba ayu dah kawin dengan Azmi kena pukul lepastu eksiden hilang ingatan, kasyah dah balik, part kasyah dah tahu ayu dah kawin memang tak macam org frust langsung pon.
Semuanya nak cepat dan aku yang tengok tak sempat nak feeling dah masuk plot lain.
Diawal tayangan, ditunjukkan kesetanan si Kasyah, babak main bola lepas tu bergaduh, ayat “baru kenal siapa kasyah’’ nak tunjuk kasyah ni otai la kat kat kolej tu.
Geng budak setan - Sapi, Cin Cai, Man?
Muka-muka geng budak setan yang anti-perempuan memang tak sesuai langsung. Alahai. Dah kata geng budak setan, ambil la muka pecah sikit untuk jadi budak setan ini tak muka gay+jambu macam lembik pelakonnya.. dah tu, aku pon tak tahu mana satu Sapi, CinCai, Man. Berlakon haram tak sebut nama. Watak dorang pon memang habis dicantas. Hilang macam tu je. Sekejap sangat. Pemilihan Nubhan macam tak kena. Aku rasa macam nak sepak muka dia masa dia gelakkan Kasyah bila masa tu Kasyah dah macam angau kat Ayu. Entah apa-apa. Nampak dibuat-buat ketawa dia tuh. Fake gila!
Babak yang menunjukkan kesetanan kasyah dalam filem ni 1-babak mendajalkan Siti dengan cikgu Loga. 2-
babak cicak dalam tin cola. 2 je!!? Kasyah wasn’t setan enough. Watak Ayu lakonan Lisa Surihani aku rasa
sesuai dengan dia, lemah-lembut dan cantik. Bagi aku watak Ayu berjaya diintepretasikan oleh Lisa dengan baik. Tapi bila watak ayu ditukar orang, sebab wajah ayu yang dah hancur kemalangan terus aku rasa sakit hati. Terus spoil watak ayu. Sorry cakap, pelakon baru tu berlakon kaku.
Tak dapat menjiwai watak dia yang hilang ingatan still dapat merasakan cintanya terhadap kasyah dan watak dia hilang ingatan memang tak blah langsung. Dia hilang ingatan ke hilang akal. Dah macam orang bengong je tengok.
Que Haidar dan Fazura adalah penyelamat kepada filem ini. Que sebagai Azmi berjaya membawa watak dengan berkesan sekali. Rasa bengang je dari awal si Azmi ni muncul dan scene dia belasah Lisa memang so real dan bak kata lisa dekat facebook dia, memang que belasah dia betul-betul sampai lebam la katanya. Dan thumbs up! I could feel the pain. Cian lisa. Ehehe.
Fazura sebagai Katherina. Watak yang tak kurang pentingnya dalam LBS. Katherina mrupakan kesinambungan kepada LBS. Dalam novel digambarkan kate ala-ala muka pan-asian. Cantik dan bijak. Jadi macam sesuai jugalah watak kate ni diberikan kepada fazura. Dalam LBS nampak fazura macam. Eh, cantik pula minah ni. Dia berlakon pon tak kaku. Setiap babak berjaya dibawa dengan baik. Ececeh.
Part kelakar.
Muka ayu terbakar masa kemalangan. Lepas tu tunjuk muka ayu habis dibalut dengan hidung-hidung sekali di balutnya. Dah macam hantu bungkus! Haha. Sepatutnya sedih masa ni sebab ayu kemalangan selepas bergaduh dengan azmi. Tapi jadi kelakar pula tengok ayu berbalut cenggitu.
Masa ayu beritahu kepada kasyah tentang bekas suaminya, ayu menyebut “ dia pemaghah. Blabla. “ Satu panggung ketawa. Ya, sejak menonton adamaya, terperasan sudah yang Lisa Surihani ni memang pelat ‘r’. Tapi dalam LBS ni memang ketara sangat pelat sebuatan r dia. So comel haha.
Babak terakhir saat Ayu sakit nak bersalin boleh jadi kelakar lagi sekali bila Kasyah nak keluar dari labour room dan Ayu tak bagi lepas tu kasyah suruh nurse pegang Ayu. Masa tu sekali lagi orang panggung ketawa. LOL. Suruh la Ayu mengucap ke berzikir ke apa kan. (akibat pengarah non-muslin eeh)
Part tak logik.
Banyak. Malas nak tulis. Nak tahu nonton sendiri.
Lain-lain.
Banyak close up shot yang menayangkan hampir kesemua kawah di muka kasyah sangat distracting dan bintik jeragat ke apa tah pada muka ayu (syiqin).
Kiciwa
Punah harapan aku bila part yang aku tunggu-tunggu. Tiada! Dalam novel. Semasa babak ayu bersalin. ayu yang masih hilang ingatan digambarkan sedang sakit ketika bersalin kemudian ingatan Ayu kembali dengan imbas semula setiap kenangan cinta Ayu dan Kasyah. Paham tak? Masa tengah nazak ingatan ayu pulih dan part tu yang buat aku menangis masa baca. Kemudian barulah Ayu menghembuskan nafasnya selepas anaknya selamat dilahirkan.
Ost
Last sekali lagu tema memang best! Lagu dan muzik dicipta oleh W. Benyamin, dari Indonesia. Lagu tema filem ini dinyanyikan oleh Gio dan Fili. Lirik dihasilkan oleh Gio dan Benyamin berdasarkan plot dan perwatakan cerita. Memang membuai perasaan. Uuu.
DOWNLOAD lagu tema Bila Cinta
DOWNLOAD lagu tema Bila Cinta
Hm. Ini adalah pendapat aku je lain orang, lain pula ceritanya, terulang kat masing-masin oke. Ya, memang tak akan sama jika nak dibandingkan membaca dan menonton LBS. Agak sukar mungkin untuk mengadaptasikan 100% novel kepada skrip filem dan nak menterjemahkan novel setebal 500 muka kepada durasi filem 2 jam. Tapi tak bermakna juga boleh main tangkap muat je dak? Walaubagaimanapun, bagi aku dengan membaca novel dia lagi feel berbanding menonton filem yang jalan cerita messy. SEKIAN
p/s : dengar-dengar akan ada LSB siri drama kat astro lepas ni.

4 Nak Kata:
yeke? alah, baru je plan nk g tgk LBS. tak jadi ah. buat rugi duit je.
:(
woah. ta jadi nak tengok. haha
yeke? hmm.. kalau la diintepret semua sekali plot novel tu, mesti gempak gila tp takut lenguh bontot la nak menunggu. kalau buat drama mungkin sesuai la kan.. hm. dah2. gi tengok shrek pulak.
sgt setuju dgn u punye entry!
ARGHHHHHHH!
gigih gile pegi hari 1st day keluar.
skali tgk.
hampeh gile.
WTF ayu hilang ingatan sbb azmi tmpr?
lps tuh,konon2nya canggih ada slr lah.
tp masuk kmpung yang tak serupa kampung setahun.
takkan tadak hp kot.
ARGHHHHHHHH!taknak ingat dah.
Post a Comment